Dasar Privasi
Dasar Privasi ini dikemaskinikan pada 14 September 2019. Sila baca untuk mengetahui tentang perubahan.
Kami, MyDoc Pte. Ltd., anak syarikat, cawangan, entiti terkawal dan sekutu (“MyDoc”, “kami”), mengalu-alukan orang yang mengakses dan/atau mendaftar di laman web kami dan melanggan (“anda”) perkhidmatan kami (termasuk semua bentuk akses – laman web, aplikasi, aplikasi pihak ketiga yang dikuasakan oleh aplikasi MyDoc, dan sebagainya) (“Platform”). Kami meminta anda untuk menyemak dasar privasi ini yang bertujuan membentuk perjanjian terikat yang mentadbir bagaimana kami menggunakan Data Peribadi anda (“Dasar Privasi”). Penggunaan Laman Web oleh anda dalam apa juga bentuk akan menjadi persetujuan kepada Dasar Privasi ini.
Tujuan
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk bertindak dengan penuh integriti dan menghormati privasi individu, kami melindungi data peribadi pihak berkepentingan kami, termasuk para pekerja, pelanggan, pemegang saham, rakan kongsi, pembekal dan individu lain yang mempercayai kami dengan maklumat. “Data Peribadi” termasuklah apa-apa maklumat, yang mengenal pasti atau menemui individu, atau mampu melakukannya. Untuk menjadi rakan niaga yang dipercayai, MyDoc terus berusaha melindungi Data Peribadi menurut undang-undang dan peraturan yang terpakai dan standard industri. Oleh itu, dasar ini memberi panduan bagaimana MyDoc mengumpulkan, menggunakan, menyimpan, memindahkan dan menjaga Data Peribadi.
MyDoc menangani kerumitan dan keperluan kritikal persekitaran penjagaan kesihatan masa kini dengan menyediakan alat pengurusan data kesihatan (“HDM”) untuk penyedia perkhidmatan dan rekod kesihatan peribadi (“PHR”) untuk pesakit. MyDoc memberi tumpuan melindungi privasi pengguna mana-mana produk atau perkhidmatan kami dan mengumpulkan Data Peribadi untuk tujuan berkaitan perniagaan, yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad pada, mereka bentuk, membangunkan, menjual dan menggunakan HDM, PHR dan lain-lain produk dan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan, menyediakan sokongan yang berkaitan, membuka akaun anda, berkomunikasi dengan anda, melaksanakan permintaan anda, menghoskan laman web kami, mengendalikan aplikasi mudah alih dan web kami, mengesahkan lawatan anda, menyediakan kandungan yang diperibadikan, mengesan penggunaan produk dan perkhidmatan kami, melakukan analitik untuk mempromosikan atau menambah baik dan meningkatkan perkhidmatan kami, melakukan kaji selidik atau tinjauan pendapat, mendapatkan testimoni, memproses dan menyampaikan hasil ujian anda, melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, yang mungkin termasuk, sebagai contoh, melakukan analisis data dan penyelidikan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang baharu atau menambah baik yang sedia ada dan melaksanakan aktiviti kawalan kualiti. Perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan seperti kaji selidik atau tinjauan pendapat, mungkin tidak berkaitan jika Laman Web diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
HDM dan PHR MyDoc dibangunkan untuk tahap prestasi yang paling tinggi. Kami menggunakan pusat data bertaraf dunia yang dilengkapi dengan teknologi moden untuk menyimpan data sensitif dengan selamat. MyDoc mempunyai pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi maklumat daripada hilang, disalahgunakan atau diubah dalam sistem. Langkah-langkah ini termasuklah enkripsi komunikasi menggunakan sistem Secure Socket Layer (SSL) dan sistem pesanan selamat semasa anda menghantar maklumat atau permintaan peribadi kepada penyedia perubatan anda atau pesakit melalui Laman Web kami. Sekiranya anda pengguna Laman Web kami, sebagai tambahan kepada Dasar Privasi ini, kami juga mungkin meminta anda menandatangani perjanjian pengguna atau memberikan kami persetujuan untuk menggunakan perkhidmatan kami yang menerangkan bagaimana kami menggunakan dan mendedahkan maklumat kesihatan, dan kami mungkin mempunyai dasar privasi tambahan untuk pengguna perkhidmatan ini. Sekiranya perjanjian pengguna dan/atau dasar privasi tambahan ini dipersetujui, ia akan mendahului dasar ini. Anda boleh menemui perjanjian pengguna bagi portal doktor dan portal pesakit kami di sini. Sila baca perjanjian ini ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini.
Perubahan Semakan dan Kemas Kini
MyDoc boleh menyemak semula dan mengemas kini Dasar Privasi pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Kami menggalakkan anda untuk membaca semula Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat apa-apa perubahan pada dasar-dasar kami yang mungkin melibatkan anda.
Forum Pengguna
Kami mungkin menawarkan forum untuk pertukaran maklumat dalam kalangan pengguna kami. Anda bersetuju untuk memikul semua tanggungjawab untuk penggunaan forum tersebut. Khususnya, anda memahami bahawa kami tidak menjamin ketepatan, kebolehpercayaan, kerahsiaan atau keselamatan maklumat yang disediakan melalui penggunaan forum kami. Anda perlu memahami bahawa apa-apa maklumat yang anda dedahkan melalui forum pengguna kami akan dapat diakses oleh orang ramai. Anda bersetuju bahawa sebarang maklumat yang anda siarkan pada forum pengguna akan menjadi milik eksklusif MyDoc.
Data Pelawat
MyDoc memiliki kebenaran untuk mengumpulkan maklumat tentang penggunaan, seperti jumlah kunjungan, sumber pelawat dan aktiviti pelawat. Data ini dikumpulkan bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan, termasuk membantu dalam mencipta produk dan perkhidmatan tambahan yang mungkin menarik bagi pengguna dan rakan kongsi kami.
Perkhidmatan Pihak Ketiga
Kami akan berkongsi data dengan pihak ketiga untuk tujuan analitik, khususnya untuk meningkatkan kualiti, ciri dan standard perkhidmatan. Kami menggunakan platform analitik data pihak ketiga untuk meningkatkan perkhidmatan MyDoc dengan pelbagai cara. Antara contoh ialah: Mixpanel: Kami menggunakan Mixpanel sebagai alat analitik utama untuk memahami bagaimana pelanggan kami menggunakan MyDoc dan Mixpanel People pula untuk menghubungi anda tentang penggunaan produk kami. Anda boleh membaca Dasar Privasi MixPanel dan menarik diri. Kami juga berkongsi maklumat dengan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk meneruskan penambahbaikan produk dan perkhidmatan, kami atau rakan pihak ketiga kontrak kami boleh menghubungi anda untuk mendapatkan maklum balas tentang tawaran semasa kami dan juga meminta maklum balas tentang bagaimana kami dapat memperbaiki produk dan perkhidmatan kami.
Perlindungan Kata Laluan
Akses untuk produk kami dilindungi dengan kata laluan. Kami sangat mengesyorkan agar anda tidak membocorkan kata laluan anda kepada sesiapa sahaja dan anda mengemas kini kelayakan anda secara berkala. Amalkan langkah keselamatan peribadi sepenuhnya dalam cara anda menguruskan kata laluan anda. MyDoc tidak akan meminta kata laluan anda menerusi panggilan telefon atau e-mel yang tidak diminta.
E-mel
Alamat e-mel anda tidak pernah digunakan untuk tujuan lain selain untuk berkomunikasi dengan anda, sama ada oleh kami atau rakan pihak ketiga kami yang berkontrak, atau bagi pihak anda. E-mel anda juga boleh digunakan untuk kata laluan atau maklumat akaun pengguna yang dilupakan, dan pada masa depan, ia boleh digunakan sebagai alat untuk pesanan. Melainkan anda menarik diri, kami juga boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar bahan promosi dan pemasaran kepada anda. Untuk penggunaan alamat e-mel pengguna Hong Kong dan Macau bagi menghantar bahan promosi dan pemasaran, sila lihat bahagian “Penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran Langsung” di bawah. MyDoc tidak pernah berkongsi alamat e-mel anda dengan syarikat luar, kecuali jika kami secara eksplisit mengikat kontrak dengan mereka untuk menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami. Selain itu, pengguna boleh membatalkan kebenaran e-mel mereka pada bila-bila masa untuk tidak menerima maklumat pada masa akan datang. Sila hubungi kami di: support@my-doc.com.
Penggunaan e-mel anda untuk menghantar bahan promosi dan pemasaran mungkin tidak terpakai jika Laman Web diakses hanya melalui aplikasi pihak ketiga.
Kaji Selidik Dan Tinjauan Pendapat
MyDoc mungkin meminta anda untuk mengambil bahagian dalam tinjauan penggunaan, soal selidik atau tinjauan pendapat, untuk mendapatkan maklum balas dan input daripada pengguna kami. Apabila anda menjawab tinjauan, soal selidik atau tinjauan yang berkaitan dengan laman web kami, maklumat ini digunakan untuk tujuan statistik dan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami.
Bahagian ini mungkin tidak terpakai jika Laman Web diakses hanya melalui aplikasi pihak ketiga.
Pemasaran Produk dan Perkhidmatan
Kami mungkin meletakkan iklan berkaitan produk dan perkhidmatan pihak ketiga pada antara muka untuk perkhidmatan kami. Dengan cara ini anda dapat melihatnya ketika anda menggunakan perkhidmatan tersebut. Melainkan anda menarik diri, kami juga mungkin menghantar e-mel bahan pemasaran kepada anda. Untuk penggunaan alamat e-mel pengguna Hong Kong dan Macau bagi menghantar bahan promosi dan pemasaran, sila lihat bahagian “Penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran Langsung” di bawah. Kami mungkin menerima imbuhan daripada pembekal produk dan perkhidmatan ini untuk meletakkan iklan mereka. Kami mungkin menggunakan proses berkomputer untuk menyesuaikan iklan kepada anda atau penggunaan sistem anda. Walau bagaimanapun, melainkan seperti yang dijelaskan di atas, kami tidak akan mendedahkan kepada pihak ketiga mana-mana maklumat yang mengenal pasti anda yang membolehkan pihak ketiga memasarkan produk atau perkhidmatan kepada anda secara langsung.
Peletakan iklan dan penggunaan e-mel anda untuk menghantar bahan pemasaran mungkin tidak terpakai jika Laman Web diakses hanya melalui aplikasi pihak ketiga.
Kuki Internet
Setiap kali anda mengakses perkhidmatan kami, MyDoc mengumpulkan maklumat terhad yang disediakan oleh pelayar web atau aplikasi anda setiap kali anda melayari mana-mana laman web atau mengakses perkhidmatan pihak ketiga secara dalam talian. Selain itu, MyDoc mungkin meletakkan “kuki” internet pada cakera keras komputer para pelawat ke Laman Web ini. Maklumat yang kami peroleh daripada kuki membantu kami menyesuaikan laman web kami agar lebih bermanfaat dan cekap untuk para pelawat kami. Kuki terdiri daripada pengecam unik yang tidak mengandungi maklumat tentang anda atau sejarah kesihatan anda. Kami menggunakan dua jenis kuki, kuki “sesi” dan kuki “tegar”. Kuki sesi bersifat sementara dan tamat apabila anda menamatkan sesi dan menutup pelayar web anda. Kami menggunakan kuki sesi untuk membantu menyesuaikan pengalaman anda pada laman kami dan mengekalkan status pendaftaran semasa anda melayari ciri-ciri yang disediakan. Kuki tegar kekal pada pemacu keras anda selepas anda keluar daripada laman kami sehinggalah anda memadamkannya atau kuki ini tamat tempoh. Kuki tegar tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi tentang anda.
Bahagian ini tidak terpakai jika Laman Web diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
Pautan Dengan Bahan Lain
Laman web ini menyediakan pautan ke laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga. MyDoc tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman web yang dipautkan seperti ini. MyDoc juga tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau terhadap kesan anda mengakses laman web melalui pautan pada laman web kami. Anda perlu menganggap bahawa sebarang maklumat yang tidak mempunyai logo MyDoc dikendalikan oleh pihak ketiga, dan anda perlu membaca notis privasi laman web ini sebelum menggunakannya.
Bahagian ini tidak terpakai jika Laman Web diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
Had Umur
Kami tidak berniat untuk menerima apa-apa maklumat daripada individu yang berumur bawah 18 tahun. Sekiranya anda belum berumur 18 tahun, sila tinggalkan laman web ini dengan segera. Ibu bapa diminta untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka.
Penggunaan Maklumat Anda
Kami mengumpulkan maklumat kesihatan tentang anda dan menyimpannya dalam rekod kesihatan peribadi. Rekod kesihatan yang dicipta menjadi hak milik MyDoc, walaupun maklumat kesihatan yang terkandung di dalamnya merupakan hak milik anda. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda. Untuk ini, kami mendedahkan maklumat kesihatan kepada para pekerja kami dan orang lain yang terlibat dalam menyediakan rawatan yang anda perlukan. Sebagai tambahan, kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk salah satu atau lebih tujuan berikut:
- Untuk menyediakan maklumat kepada anda yang anda minta daripada kami berkaitan dengan perkhidmatan kami. Kami mungkin berkongsi maklumat kesihatan anda dengan para doktor atau penyedia perkhidmatan kesihatan yang akan menyediakan perkhidmatan kepada anda melalui kami.
- Seperti yang diperlukan untuk operasi MyDoc. Kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat kesihatan tentang anda bagi tujuan mengkaji dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang kami sediakan, atau untuk meningkatkan kecekapan dan kelayakan kakitangan profesional kami.
- Untuk menyediakan maklumat kepada anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan lain yang mungkin menarik bagi anda. Maklumat tambahan tersebut tidak akan disediakan lagi sekiranya anda memilih untuk tidak menerima maklumat tersebut. Untuk dasar kami tentang penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan promosi atau pemasaran, sila lihat bahagian “Penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran Langsung” di bawah.
- Untuk memberitahu anda tentang sebarang perubahan pada Laman Web, perkhidmatan atau barangan dan produk kami.
- Untuk menghubungi dan mengingatkan anda tentang produk dan perkhidmatan yang anda pilih sama ada daripada kami atau rakan kongsi kami.
- Sekiranya perlu untuk kajian semula perubatan, perkhidmatan undang-undang dan audit, termasuk program pematuhan dan pengesanan penipuan dan penyalahgunaan serta perancangan dan pengurusan perniagaan.
- Sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan atau pelaksanaan perlombongan data dengan tujuan untuk memperoleh metrik atau pandangan atau penemuan lain yang mungkin digunakan bagi tujuan promosi atau diterbitkan dengan cara lain. Semua data yang digunakan untuk tujuan promosi atau diterbitkan melalui apa-apa cara akan digabungkan dan tidak dinamakan.
- MyDoc, seperti kebanyakan perniagaan, kadang-kadang mengupah syarikat lain untuk melaksanakan sesetengah fungsi berkaitan perniagaan, seperti memproses pembayaran. Apabila kami menggunakan syarikat lain untuk melakukan fungsi seperti ini, kami hanya memberi mereka maklumat yang mereka perlukan untuk menjalankan fungsi khusus mereka.
Untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin memberikan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
- Doktor atau penyedia perkhidmatan kesihatan yang akan memberikan perkhidmatan kepada anda melalui Laman Web kami.
- Syarikat insurans anda yang merujuk anda untuk menggunakan perkhidmatan kami dan mungkin memerlukan bukti perkhidmatan yang diberikan dan/atau laporan perubatan sebelum pembayaran dibuat kepada MyDoc; atau jika mereka diminta untuk mengesahkan perkhidmatan atau rujukan.
- Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang telah memberikan perkhidmatan kepada anda atau doktor anda (sebagai contoh, perkhidmatan x-ray atau perkhidmatan ujian makmal) untuk mendapatkan hasil ujian atau bagi tujuan mengeluarkan invois.
- Rakan perniagaan kami, seperti rakan sekerja kami yang menyediakan perkhidmatan pembilan, atau menjalankan perkhidmatan pentadbiran untuk kami. MyDoc membuat perjanjian dengan setiap rakan perniagaan ini yang memerlukan penyedia perkhidmatan ini untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua maklumat yang diberikan kepada mereka.
- Syarikat-syarikat lain yang membantu mengumpulkan maklumat anda atau berkomunikasi dengan anda, seperti syarikat penyelidikan dan agensi penarafan, untuk tujuan perlombongan data dan memperoleh pandangan lain dan untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan di bawah MyDoc.
- Badan-badan kerajaan atau kawal selia yang MyDoc perlu membuat pendedahan berdasarkan kewajipan undang-undang dan/atau kawal selia dalam bidang kuasa yang terpakai untuk MyDoc.
- Para pembekal yang menghasilkan nota klinikal (jika berkenaan). Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan nota klinikal anda tanpa kebenaran bertulis daripada anda kecuali yang berikut: Digunakan oleh pengasal nota untuk rawatan anda, untuk melatih kakitangan kami, pelajar dan pelatih lain, untuk membela diri jika anda menyaman kami atau memulakan prosiding undang-undang lain, jika undang-undang menghendaki kami untuk mendedahkan maklumat itu kepada anda atau badan lain atau atas sebab lain, sebagai respons terhadap aktiviti pengawasan kesihatan yang berkaitan dengan doktor anda, untuk mengelakkan ancaman serius dan nyata terhadap kesihatan atau keselamatan, atau kepada koroner atau pemeriksa perubatan setelah kematian. Sekiranya anda membatalkan kebenaran untuk menggunakan atau mendedahkan nota klinikal anda, kami akan berhenti menggunakan atau mendedahkan nota ini, melainkan salah satu perkara di atas terpakai.
Penggunaan Data Peribadi anda untuk kontak langsung berkaitan dengan salah satu pemberitahuan di atas mungkin tidak terpakai jika Laman Web hanya diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
Menyimpan Data Peribadi Anda
Dalam mengendalikan Laman Web kami, data yang kami kumpulkan dari anda mungkin perlu dipindahkan ke lokasi di luar Singapura, Hong Kong dan Macau untuk diproses dan disimpan. Dengan memberikan Data Peribadi kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan, penyimpanan atau pemprosesan ini. Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa semua langkah wajar diambil untuk memastikan data anda dikendalikan dan disimpan dengan selamat. MyDoc melindungi Data Peribadi dari kehilangan, penyalahgunaan atau akses, pendedahan, perubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan. Kami menyimpan Data Peribadi, tanpa mengira bentuknya, dengan prosedur keselamatan yang sesuai dengan tahap kepekaan data. Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak selamat sepenuhnya dan kadang-kadang maklumat tersebut dapat dipintas. Kami tidak dapat menjamin keselamatan data yang anda pilih untuk dihantar kepada kami secara elektronik. Penghantaran maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Kami menggunakan pemproses pembayaran pihak ketiga untuk memproses pembayaran yang dibuat kepada kami. Berhubung dengan pemprosesan pembayaran tersebut, kami tidak menyimpan maklumat kewangan seperti nombor kad kredit. Sebaliknya, semua maklumat tersebut disediakan secara terus kepada pemproses pihak ketiga kami, Stripe, di mana penggunaan maklumat peribadi anda ditadbir oleh dasar privasi mereka yang boleh dilihat di https://stripe.com/us/privacy.
Mendedahkan Maklumat Anda
Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak lain selain menurut Dasar Privasi ini dan dalam keadaan yang diperincikan di bawah: Sekiranya kami menjual mana-mana atau semua perniagaan kami kepada pembeli. Di mana kami diwajibkan oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat peribadi anda. Untuk meningkatkan perlindungan penipuan dan mengurangkan risiko penipuan. Keadaan lain yang dibincangkan dalam dasar ini.
Penggunaan Data Peribadi Untuk Tujuan Pemasaran Langsung
Bagi pengguna di luar Hong Kong dan Macau, “Butiran Peribadi” bermaksud Data Peribadi anda.
Untuk pengguna di Hong Kong dan Macau, “Butiran Peribadi” bermaksud nama dan maklumat hubungan anda.
Selain daripada tujuan yang dinyatakan di atas, MyDoc berhasrat untuk menggunakan Butiran Peribadi anda untuk tujuan promosi atau pemasaran termasuk mengirimkan bahan promosi kepada anda dan menjalankan pemasaran langsung berhubung dengan produk, perkhidmatan, nasihat dan subjek berikut: rawatan perubatan/kesihatan; ubat; pendidikan; latihan; program ganjaran/kesetiaan/keistimewaan; gimnasium dan kecergasan; sukan dan acara khas; peralatan sukan dan kecergasan; makanan dan minuman; suplemen kesihatan; spa dan aktiviti merehatkan yang serupa dan perkhidmatan santai yang lain; perkhidmatan telekomunikasi dan mudah alih; internet; produk dan perkhidmatan runcit/pengguna yang lain; kesejahteraan dan tujuan amal/bukan keuntungan; perkhidmatan hospitaliti; insurans; (“Kategori Pemasaran”).
Bagi tujuan pemasaran langsung, kami mungkin memberikan Butiran Peribadi anda kepada penyedia (dan ejen mereka) (sama ada di dalam atau di luar MyDoc) bagi mana-mana Kategori Pemasaran yang dinyatakan di atas supaya mereka boleh menghubungi anda dan/atau menghantar bahan promosi dan melakukan pemasaran langsung berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan (bahan-bahan ini mungkin dihantar kepada anda melalui pos, e-mel atau cara lain). Kami mungkin memberikan Butiran Peribadi anda kepada penyedia (sama ada di dalam atau di luar MyDoc) dalam mana-mana Kategori Pemasaran untuk mendapatkan keuntungan.
Bagi pengguna di luar Hong Kong dan Macau, melainkan jika anda menarik diri, anda dengan ini bersetuju untuk kami menggunakan Butiran Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan/atau memberikan Butiran Peribadi anda kepada penerima pindahan yang dinyatakan di atas dan kami mungkin menggunakan dan/atau memberikan Butiran Peribadi anda untuk sebarang tujuan promosi atau pemasaran.
Hanya untuk pengguna Hong Kong dan Macau, sebelum menggunakan Butiran Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas dan/atau memberikan Butiran Peribadi anda kepada penerima pindahan yang dinyatakan di atas, kami akan mendapat persetujuan anda yang boleh diaudit, dan hanya setelah mendapat persetujuan yang boleh diaudit tersebut barulah kami gunakan dan/atau berikan Butiran Peribadi anda untuk sebarang tujuan promosi atau pemasaran.
Anda boleh pada masa akan datang menarik balik kebenaran terhadap penggunaan dan peruntukan MyDoc kepada pihak ketiga bagi Butiran Peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan MyDoc selepas itu tidak akan akan menggunakan data tersebut bagi tujuan pemasaran langsung.
Sekiranya anda mahu menarik balik persetujuan anda, sila maklumkan kepada kami secara bertulis ke alamat di bahagian “Soalan, Aduan Dan Butiran Hubungan” atau dengan menghantar e-mel kepada kami. Sebarang permintaan tersebut hendaklah menyatakan secara jelas maklumat Butiran Peribadi berkaitan dengan permintaan yang dibuat.
Bahagian ini mungkin tidak terpakai jika Laman Web diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
Pautan Pihak Ketiga
Ada kalanya kami menyertakan pautan ke pihak ketiga pada Laman Web ini. Apabila kami menyediakan pautan, ini tidak bermakna kami menyokong atau menyetujui dasar laman web tersebut terhadap privasi pengunjung. Anda perlu menyemak dasar privasi laman-laman web ini sebelum menghantar apa-apa Data Peribadi kepada mereka.
Bahagian ini tidak terpakai jika Laman Web diakses melalui aplikasi pihak ketiga.
Perlindungan Data Peribadi
Melainkan seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, MyDoc tidak akan menggunakan maklumat peribadi dan/atau kesihatan yang mengenal pasti anda tanpa kebenaran bertulis daripada anda. Kami berusaha untuk memastikan bahawa Data Peribadi adalah tepat, lengkap dan boleh dipercayai untuk tujuan penggunaannya. Sekiranya anda mengizinkan MyDoc untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi dan/atau kesihatan anda untuk tujuan lain, anda boleh membatalkan kebenaran secara bertulis pada bila-bila masa. Anda berhak mengakses Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan meminta izin secara bertulis. Disebabkan oleh kos yang ditanggung oleh MyDoc untuk mendapatkan semula Data Peribadi, MyDoc berhak untuk mengenakan yuran nominal untuk mendapatkan semula Data Peribadi yang diminta. Anda berhak untuk meminta supaya MyDoc mengubah maklumat peribadi dan/atau kesihatan anda yang anda percaya tidak lengkap atau tidak betul. Anda perlu membuat permintaan untuk pemindaan secara bertulis. Kami mungkin menolak permintaan tersebut jika kami tidak mempunyai maklumat atau tidak membuat maklumat tersebut.
Soalan, Aduan Dan Butiran Hubungan
Jika anda ada sebarang soalan tentang Kenyataan Privasi, dasar dan amalan kami, hak anda di bawah penyataan ini, urusan anda dengan MyDoc atau keperluan untuk mengakses atau memperbetulkan Data Peribadi anda, hantarkan e-mel kepada support@my-doc.com atau melalui pos ke alamat di bawah:
Data Protection Officer
MyDoc Pte Ltd
137 Market St, #02-01,
Singapore 048943
Bertarikh: 14 September 2019